Wednesday, 24 January 2018



INDUK BERTAP/ SANGGUL BUNIAN





Kali ini Tok nak sembang sikit pasal BERTAP/BERTAT atau di panggil juga SANGGUL BUNIAN.
Ramai yang Tanya Tok  apakah Sanggul Bunian ni ? Adakah ianya sejenis ‘pet’? Cara penjagaan adakah seperti jaga kucing, kena belai, bagi makan, bawak jalan-jalan, kena bawa tidur sekali kah?
UMMH.. MACAMNI TOK KONGSIKAN SERBA SEDIKIT AKAN AKAN PERIHAL BERTAP/SANGGUL BUNIAN
Namun, apa yang Tok kongsikan disini adalah melalui pemerhatian, pengalaman dan penyelidikan tok sendiri yang berterusan selama bertahun-tahun.
Sanggul Bunian hanya terdapat di Negeri Kelantan/ negeri Cik siti Wan Kembang pun begitu ada juga terdapat di Negeri-negeri lain namun  mengikut pemerhatian ianya banyak ditemui di negeri Kelantan.
Melalui penelitian  mikroskop struktur Bertap tidak sama seperti rambut manusia.  Namun ianya  mempunyai bahan yang sama iaitu fiber, rambut manusia kelihatan bersisik sedangkan rambut Bertap  tiada sisik dan di dalam tiub urat Bertap ini adanya kandungan minyak yang tinggi.

Bagi peminat barangan mistik Bertap dipercayai adalah satu item yang berkait langsung dengan alam sebelah sebab itulah ianya dipanggil Sanggul Bunian,
Ia ditemui di dahan-dahan pokok atau diatas batu besar  yang terdapat di jeram atau di kawasan-kawasan bukit yang mana kawasan sekitarnya terdapat sungai, jeram atau air terjun.

Bukan semua orang yang boleh mendapatkan atau menemui Bertap ini, kerana untuk mencari atau menemui Bertap ini memerlukan seseorang yang berilmu dan mereka yang dapat berkomunikasi dengan alam sebelah.

Ada yang mengatakan bahawa Bertap ini adalah sejenis pokok parasit yang menjalar pada pokok lain. Tapi, bagi Tok fakta tersebut adalah tidak benar kerana biasanya pokok parasit akan merosakkan atau membahayakan  pokok lain. Tapi, berbeza dengan Bertap kerana pokok yang ditumpangi Bertap tidak akan rosak atau mati.

Pokok parasit yang menjalar tidak sama dengan Bertap kerana pokok parasit strukturnya agak keras dan mudah patah, berbeza pula dengan Bertap kerana ianya lembut dan tidak mudah patah.

Ada juga yang mengatakan Bertap adalah berasal dari  gulungan rambut manusia, namun tanggapan sedemekian agak meleset kerana Bertap bisa mengeluarkan anak  dengan mewujudkan pusaran pusaran baru sedangkan rambut manusia sama sekali tidak beranak melainkan ianya hanya panjang dan rambut manusia hanya tumbuh melalui kulit kepala manusia yang masih hidup saja.

Bertap mempunyai variasi warna asli bukan yang dicelup, iaitu hitam, kuning, cindai, keemasan, putih/uban, merah dan lain lain lagi, sedangkan rambut manusia tiada mempunyai variasi warna rambut yang sebegini , kuning keemasan dan merah 

Bertap tidak akan dihinggapi kutu, hama atau seranggga kecil yang lain, berbeza dengan  kulit binatang yang lain walaupun sudah kering  akan juga dihinggapi hama atau sewaktu dengannya, kalau tak percaya ambil kulit lembut yang masih ada bulu, keringkan dibawah sinaran cahaya matahari untuk beberapa hari, biar ia betul2 kering, dan simpan, bil;a musim berganti musim akan ada juga hama yang bersarang pada bulu-bulu binatang tersebut, namun berbeza dengan Bertap ini, walau bertahun menyimpannya tapi ianya tidak akan disarangi kutu atau hama, malah ia semakin subur.

Cara penjagannya amat mudah, letakkan didalam satu bekas atau bungkus ianya dengan kain  dan pastikan selalu disapu/spray minyak, tak kira lah minyak apa pun, ,minyak baby oil, minyak kelapa dara atau minyak kelapa, sebab bertap pun seperti rambut manusia juga ia akan subur bila selalu disapukan minyak
Biasanya bertap induk akan mengeluarkan anak dalam anggaran 5 hingga ke 12 biji
Semakin banyak terdapat anak maka semakin mahal harganya
Tanda tanda anak bertap sudah sampai waktu matangnya anak tersebut akan terjulur keluar sedikit didalam anggaran 1 inci  dari induknya maka pada waktu itu anak tersebut boleh ditarik dan disimpan

Cara guna pakainya
Yang kecil boleh lah disimpan didalam beg sandang/galas
Atau didalam dompet
Yang induk harus disimpan dikediaman

Adakah bertap menganggu kehidupan pemiliknya? 
bagi tok itu hanya lah propaganda.ianya sangat aman dan tiada apa2 effek,

Keindahan bertap/sanggul bunian
Seperti juga barangan yang lain iaitu teras teras kayu, contohnya teras gemunggal yang dikatakan kebal asid cuka getah kepada pemakai,  seperti juga ,batu petir/meteor, buntat, geliga dan sebagainya yang mana mempunyai keindahan aura juga kelebihannya yang tersendiri begitulah juga dengan bertap ini, keindahannya  dikatakan berbeza dari segi warna

Bertap berwarna emas
Khusus untuk pelarisan, perniagaan, pengasihan, pesona diri, pengaruh kata, pengaruh fikiran, pemanis diri, pelembut hati, masyarakat menghoremati, senang didekati

Bertap warna kuning
Khasiatnya kepada junjung darjat
Kewibawaan, hormat masyarakat, kemulian dimata umum
Pengasih dan pelembut hati

Bertap kuning agak sukar ditemui kerana itu terkadang harganya mencecah 5k keatas
Bertap uban atau juga dipanggil nenek kebayan adalah bertap yang sangat diburu atau dicari kerana dari segi usianya bertap uban ini adalah daripada bertap yang tertua ataupun lama berbanding dengan bertap bertap yang lain

Bertap uban mempunyai khasiat yang amat unik, seperti perubatan dan berbagai lagi keindahnan, sangat baik bagi mereka yang sukar mendapatakan cahaya mata, beberapa kes sudah terbukti, dengan menyimpan bertap uban, mereka yang tidak mempunyai anak dikurniakan anak  tidak beberapa lama setelah memiliki bertap uban.

Bertap cindai
Kepada peminat bertap,  bertap cindai adalah yang harus dimiliki atau disimpan kerana bertap cindai ini dikatakan mempunyai aura yang saling melengkapi, lebih2 lagi bertap cindai yang mempunyai variasi warna yang pelbagai, emas, uban, merah, coklat, emas didalam 1 bertap

Bertap merah
Mempunyai pelbagai fungsi terutama untuk penarik kerezekian yang kuat
Dari segi pantang.. tiada pantang yang khusus Cuma kita sebagai makhluk seharusnya saling hormat menghormati antara satu sama lain

Sesungguhnya kejadian bertap ini adalah cukup misteri,jika ia parasit atau alga bermakna ia akan mati didalam beberapa waktu kiranya ia tiada induk untuk diparasitkan
Jadi apa yang tok nak simpulkan disini bertap adalah salah satu barangan misteri di alam melayu yang sehngga kita belum lagi terungkai
Apa2 pun ianya juga adalah makluk ciptaan ALLAH yang terlalu unik, bukan untuk disembah bukan untuk diimani atau bukan untuk dipuja, bagi yang melihat pada yang tersirat…yang hebat, yang luarbiasa  dan yang maha hidup, hanya lah ALLAH S.W.T
Aku hanyalah menumpang pada sifat  MAKNAWIYAH

Posfree

Wasap tok 0179119789

GELANG TERAS GEMUNGGAL DAN RAJA KAYU RM150 FREE POS tersedia cuma 2 Gabungan teras kayu gemunggal dan raja kayu dij...