Friday, 28 December 2018


KELAPA BERSABUK DI DALAM SABUK

Tiada yang mustahil bagi Allah, Kejadian luarbiasa, buah kelapa sabuk atas sabuk..satu jantan dan satu betina. Yang jantan bila digoncang ia berbunyi seperti buah kelapa terasing didalam sabuk 
dan yang betina tidak berbunyi bila digoncang.

Mengikut kata guru-guru spiritual, ianya berkhasiat sebagaipelaris yang besar. Namun, pastinya bukan itu saja manafatnya. Keindahan lain akan dirasai sendiri oleh pemiliknya nanti.

Item ini adalah salah satu kejadian Alam yang semulajadi.

Mahar tebus agak keras
RM1500 satu

ADA BERANI??










Tuesday, 18 December 2018

GELANG BESI KURSANI 3 BERADIK
Rm160

Kombinasi 3 jenis besi kursani dalam satu gelang..aura cun melecun
Antara besi besinya ialah :
Besi kursani kuning
Besi kursani putih
Besi kursani hitam (kelabu)
Antara khasiat besi kursani ini adalah sebagai :
-pendinding diri,
-kebal darurat,
-menambah kekuatan dlm diri/badan
-kerezekian dan aura positif si pemakainya.

Namun begitu, segalanya adalah dengan izin Allah. Dan kita juga tidak boleh bergantung kepada kursani sepenuhnya tanpa iktikad segala khasiat dan kelebihan itu adalah dengan kuasa Allah yang maha berkuasa.

KANTUNG HARIMAU JANTAN
RM190
Mustika yang diburu dalam dunia kebatinan iaitu kantung harimau yang mana kantung ini diperolehi dari kantung telur kemaluan harimau jantan itu sendiri yang memberikan pelbagai khasiat luarbiasa kepada pemiliknya terutama dalam dunia kebatinan.
Pelbagai khasiat dan manfaat insyaallah khusus untuk pertempuran, kewibwaan, kekebalan, seks dn banyak lagi.

Mengintai dari celah akar.. Mencari jodoh..
Permata  batu serai purpule ring perak asli lilit berlian swiss

Mahar rm190
Resaiz free
Pos rm10
Kemah keming,  smart jetak

Masuk2 mai minang,  dah akil baligh dah ni,  baka molek titih comel��

Cincin serai putih
Rm220
Pos free
Resaiz free
Tengok pun free
Barang cun.. Desing terbaik
Lilit berlian swiss
Duk ditangan, cicah budu pun tk bau budu��

Tk caya?  Tra beli dan pakai sebelah kiri.. Makan sebelah kanan.. Comfirm tk bau..

Masukkkkk.. Limited ni

CINCIN KAYA WARNA
(opal mistik)

Ikatan perak asli
Desing pahat jawa
Saiz boleh dimohon
Round berlian swiss

batu ini sering org panggil adalah opal mistik, tp tok suka panggil batu kaya warna, ianya mewah dengan warna yang berbagai, tenang hati bila melihat dikolargrasi pula dgn perak asli round berlian, fuhhh..nampak elegen

Dari segi khasiat sesetengah pendapat  mengatakan memiliki batu opal mistik ini dapat menenangkan perasaan pemakai, menyembuhkan penyakit mata, lemah zakar atau impotensi, dan meningkatkan daya ingatan.
Wallhualam

Mai2 grab cepat,saiz boleh mohon.
Masuk rm220 tok kasi jalan

#grenti_pos

KERIS MELELA KUKU BIMA

up dulu sebilah
keris melela kuku bima
kayu medan
panjang 15 inci
rege rm450
sepuhan terbaik��

Tuesday, 4 December 2018

MINYAK MISIK PUTIH
Rm80 (3ml)
Ianya berkhasiat untuk :
-Memulihkan dan memaksimalkan Aura yang dimiliki oleh  barangan bertuah spt batu² berkhadam, geliga, keris, azimat, mustika, buntat,  dan lain lain lg
-dapat meneutralkan  enegi enegi negetif  dan aura gelap.
Insyaallah  setelah disapu  minyak ini ianya akan lebih bertenaga dan berdaya murni.
lnsyaallah

Friday, 23 November 2018

MINYAK EPAL JIN
Rm130 - 3 daun
Rm150 - 5 daun
Rm180 - 7daun
Rm 200 - 9 daun
Termasuk pos

Minyak ini sebenarnya merupakan Minyak Poniba Salwa yang merupakan wangian yang sangat disukai oleh makhluk halus dari alam ghaib yang ditempatkan di dalam bekas kaca berbentuk Epal yang boleh di dapati di negara Turki, Mesir dan beberapa negara Arab.

Berkhasiat untuk:
1.Memulihkan barangan berkhadam ( memperkuatkan kekuatan khadam dan aura ~ kekuatan asli ~ barangan tersebut )

2.Medium pelarisan dan pengasihan ampuh

3.Boleh digunakan sebagai umpan untuk proses penarikan khazanah ( harta karun )

4.Mengundang bangsa Jin yang pelbagai jenis (jenis yang muslim dan positif sahaja )

5.Memudahkan proses dan keberhasilan kerja-kerja yang berkait rapat dengan alam ghaib

6.Medium untuk memanggil dan mengundang makhluk ghaib untuk sebarang hajat anda yang berkait rapat dengan keperluan dunia

7.Diisikan pendinding yang ampuh untuk tujuan pertahanan kerohanian dan spiritual anda semasa proses memanggil makhluk ghaib agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku

Monday, 19 November 2018

MINYAK URUT AURA 7
---------------------------

Seperti yang kita ketahui, setiap kali mengurut,semestinya kita akan menggunakan minyak bertujuan melancarkan kerja-kerja urutan.

MINYAK URUT AURA 7 bukan hanya berfungsi untuk urutan badan, malah boleh digunakan untuk urutan pada wajah, payudara dan punggung yang menggeleber dengan bertujuan memontokkan dan boleh juga digunakan untuk mengurut alat senjata kaum ADAM.

Minyak ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit.

Jika suplement yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan pula bertindak sebaliknya. Minyak ini mampu menyihatkan kulit bahagian luar dan memulihkan aura badan kita. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik.

Semakin usia meningkat, urat-urat di dalam badan tidak aktif seperti usia muda. Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan.

Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul.

**Minyak ini dicampur dengan kandungan HERBA terpilih dan diruqiah dengan ayat suci al quran dengan bertujuan memulihkan aura dan seri badan/wajah.

**cara penggunaan akan disertakan

RM79 ss

Saturday, 3 November 2018

CINCIN NIBONG TUNGGAL PANAH PETIR
full black
Rm230
Saiz boleh dimohon

Permata kayu nibong ni agak unik berbeza dengan kayu nibong yang lain,  berurat hitam..sudahlah tunggal dipanah petir pula..org tua mengatakan barangan yg dipanah petir mempunyai aura yang kuat, mungkin kerana cas enegi petir, maklum saja lah kalau sekali petir menyambar habis barangan elektrik rosak,..Itu sebagai contoh.kalau terkena pada jasad manusia silap2 boleh jadi arwah begitulah kuat ia punya enegi

Bagi mereka yg tahu pastinya tidak akan melepaskan peluang ini..
Banyak khasiat kayu nibong tunggal + panah petir, tp yang kita selalu dengar jgn buat main..jgn pukul anak atau pukul orang sembarangan kalau dah pakai cincin nibong ini..bahaya

Khasiat lain
NIBONG TUNGGAL PANAH PETIR

Menghindari Makhluk Halus Dan Gangguannya
Penaik Semangat Juang Dan Tempur Dan Melemahkan Musuh/Seteru
Melemahkan Binatang Berbisa
Pagar Rumah Dan Kenderaan
Pendinding Diri Apabila Diserang
Penggerun Binatang Buas
Penggerun Manusia Berperangai Binatang
Pembisa Pukulan;
Pemberat Pukulan;
Penawar Santau Ilmu Hitam;
Penawar Racun Haiwan;
Ketahanan Tubuh Badan;
Kalis Bisa Binatang Berbisa;

(Tok tak buat lock..bank in duit terus pos)

Permata saja tok maharkan juga
Rm110 sebutir

Sunday, 21 October 2018

CINCIN GELIGA LIPAN (kuning madu)

Sebut saja pasal geliga lipan pasti ramai yang berangapan bahawa ia kebal kulit atau tembus pandang,dan kegunaannya dapat lah ia digunakan utk berjudi atau utk menarik dana2 ghaib..

Begitulah kita dimomokkan dgn geliga lipan..tp hakikatnya adakah begitu???

Kita ambil contoh..kita bela kucing parsi yg bulunya lebat,  walaupun masih kecik tp mahal harganya, dan semestinya kita tahu bahawa karektor kucing suka dan tidak boleh tengok tikus pasti akan dikejar atau dibuat santapannya..

akan tetapi apabila ia matang, terkadang tikus lalu kat depan dia pun dia buat bodoh atau yg paling tidak munasabah ia lari dari tikus, tikus pula yang kejar dia..pernahkan sahabat melihat kejadian ini?

Jadi apa guna kucing tersebut???
adakah ia tidak berguna??

YA ada guna dan manafaatnya walau ia takut pada tikus atau lari dari fitrahnya tetapi ia menjadi santapan halwa mata dengan bulu nya yg lebat, dengan kemanjaannya, atau dengan erti kata lain ia memberikan ketenangan pada jiwa,

sesuatu yang tidak dapat digambarkan..itulah yg dinamakan rezeki.

pecahan kepada istilah rezeki bukan bermaksud wang ringgit saja..tp KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN pun adalah rezeki

Berbalik kepada geliga lipan, adakah geliga lipan ini tembus pandang atau kebal kulit? Jawapan tok...hanya Allah yang tahu..tok tidak menjanjikan apa2 akan tetapi dengan niat yang baik dan serah segala2nya pada PENCIPTANYA, segalanya tidak mustahil,

Apa yg datang pada pemilik itulah rezeki kamu, mungkin dalam sedar atau tidak disangka2..

Keupayaan dan keindahannya pasti ada, jangan mengharap pada ciptaannya tp berharaplah pada PENCIPTANYA..

2 biji geliga lipan yang telah tok pasangkan rumah perak asli buatnya dengan pembuatan tangan dari tukang terbaik antara yang terbaik.

bercorak pahat jawa tebuk dan geliga dikelilingi berlian swiss,

satu berwarna merah dan satu berwarna kuning madu, ditapakan dan dizikirkan untuk memantapkan lagi enegi batinnya  selama 10 hari dari tanggal 1 muharram hingga 10 muharram,

Tok buka pemaharan dengan mahar RM560 untuk satu, kos pos dan resaiz ditanggung..

RM560 siap dijari

GELANG TERAS GEMUNGGAL DAN RAJA KAYU RM150 FREE POS tersedia cuma 2 Gabungan teras kayu gemunggal dan raja kayu dij...